APRESIASI
KARYA KELAMBU : DZULKIFLI BUYONG
a) Menggambar
Warna
|
·
Menggunakan
warna gelap seperti coklat.
|
Garisan
|
·
Terdapat
penggunaaan pelbagai garisan iaitu garisan tebal, nipis dan beralun.
|
Ruang
|
·
Ruang
di antara adik beradik tersebut
|
Rupa
|
·
Menggunakan
rupa positif kerana ia adalah rupa sebenar yang berwarna.
·
Rupa geometri juga wujud kerana dapat
dilihat pada kain seorang wanita yang sedang memegang tali kelambu.
·
Rupa
organik wujud pada muka wanita-wanita dalam karya tersebut.
|
Prinsip
Rekaan
|
·
Penegasan
– Objek kelambu yang besar menjadi penegasan.
·
Warna
objek kelambu yang lebih cerah daripada objek lain memberi penegasan.
|
Imbangan
|
·
Komposisi
- figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu
yang berada ditengah-tengah.
|
Kesatuan
|
·
kain
batik, baju kurung, pelita dan motif sulaman pada bantal.
|
b) Menganalisa
Subjek
|
·
Manusia
|
Unsur-unsur
seni
|
·
Garisan
·
Warna
·
Rupa
·
Bentuk
|
Prinsip
Rekaan
|
·
Penegasan
·
Keseimbangan
·
Bentuk
·
Kontra
·
Kesatuan
|
Kualiti
Ekspresif
|
·
Menerapkan
nilai tolong-menolong dan bekerjasama.
·
Mewujudkan
suasana aman, harmoni dan tenang.
|
Bahan/
Teknik/ Kaedah
|
·
Menggunakan
pastel di atas kertas.
|
c) Tafsiran
Makna/
Mesej
|
·
Unsur-unsur
seni dan prinsip seni.
|
Subjek
|
·
Manusia
|
Simbol
|
·
Bekerjasama
·
Mementingkan
kesihatan.
|
Unsur-unsur
Seni
|
·
Garisan,
·
Warna
·
Rupa
·
Bentuk
|
Prinsip
Rekaan
|
·
Penegasan
·
Keseimbangan
·
Kontra
·
Kepelbagaian
·
Kesatuan.
|
Metafora/Analogi
bagi menjelaskan makna
|
·
Menggambarkan
kehidupan masyarakat Melayu yang bekerjasama dan mementingkan kesihatan
kerana mereka bekerjasama memasang kelambu sebelum tidur pada waktu malam.
|
d) Penilaian
Kriteria
|
|
Keaslian
|
·
Berdasarkan
pengalaman beliau.
|
Gubahan
|
·
Berdasarkan
budaya masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
|
Teknik
|
·
Hasil
daripada persepsi beliau yang mana pengalaman beliau telah diadaptasi dalam
karya tersebut untuk mengolah dalam bentuk suasana dan figura.
|
Fungsi
|
·
Mewujudkan
suasana aman dan harmoni yang terdapat dalam kehidupan masyarakat.
·
Menimbulkan
kesedaran mengenai penjagaan kesihatan.
|
Dalam
karya “Kelambu” karya Dzulkifli Buyong ini, beliau menerapkan 6 elemen asas
yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual itu. Aplikasi berbagai-bagai
jenis garisan dapat mencipta rupa, bentuk dan ton. Garisan yang digunakan ialah
garisan tebal, nipis dan beralun. Disini kita dapat melihat garisan nipis yang
terdapat pada bahagian lantai, pintu dan bahagian tepi kelambu. Garisan tebal
pula terdapat pada langsir dan tali kelambu. Garisan beralun pula terdapat pada
bahagian corak kain batik yang tersidai di sebelah pintu.
Seterusnya,
unsur rupa adalah garisan luar iaitu outline
dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa positif telah dihasilkan di dalam
karya ini kerana ia adalah rupa sebenar yang berwarna. Rupa geometri juga dapat
dilihat pada bahagian kain figura . Rupa organic pula terdapat pada karya ini
contohnya bujur yang terdapat pada kain seorang daripada wanita dalam karya
itu.
Selain itu, bentuk pula mempunyai
struktur dan jisim serta isi padu. Terdapat dua jenis bentuk , iaitu bentuk
konkrit dan bentuk ilusi. Karya Kelambu ini menggunakan bentuk ilusi kerana ia
bersifat rata dan dihasilkan melalui catan. Contohnya figura manusia itu.
Di samping itu, unsur jalinan pula
merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat
menunjukkan kesan rata dan ekspresi sesuatu objek. Jalinan terbahagi kepada dua
iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam
catan ini adalah corak pada pakaian pada figura.
Seterusnya,
Unsur ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan
kosong sekeliling objek atau jarak antara dua objek. Kebiasaannya lukisan catan
mempunyai unsur ruang kerana kewujudan ruang itu yang akan menampakkan bentuk
yang hendak dihasilkan. Karya ini mempunyai banyak unsur ruang yang boleh
dilihat.
Unsur
warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna mempunyai
fungsi dan juga nilai keindahan yang menjadikan dunia ini lebih indah. Warna
terbahagi kepada tiga jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.
Dalam karya ini, Dzulkifli Buyong memilih warna tertier memilih warna tertier
sebagai warna yang utama. Warna tertier dihasilkan dengan cara mencampurkan
satu warna dan satu warna sekunder. Warna ini adalah warna ketiga yang hebat
kuasanya. Karya catan Kelambu ini digunakan oleh beliau merupakan warna-warna
yang mendapat pengaruh coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang
menimbulkan warna suasana kampung.
Komposisi
juga dapat dilihat dalam karya ini. Komposisi yang digunakan memperlihatkan
keseimbangan simetri dimana figura disusun seimbang di sebalah kiri dan kanan
serta imej kelambu yang berada di tengah-tengah komposisi menguatkan lagi
keseimbangan dalam karya ini. Bayang pada kelambu dan dinding bilik menjelaskan
komposisi hadapan, tengah, dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan.
Keharmonian dapat diwujudkan melalui penggunaan warna. Tona yang digunakan
lebih kearah tona gelap untuk menimbulkan suasana malam.
Di
dalam karya ini, penegasan yang wujud adalah objek kelambu kerana saiz objek
ini telah memberi kesan kepada pemerhati untuk melihat. Selain itu, warna
kelambu itu juga telah memberi penegasan melalui warna yang digunakan kerana
warnanya yang cerah berbanding warna objek yang lain.
Kontra
ialah keadaan apabila salah satu unsur seni bercanggah dengan unsur seni yang
lain. Watak figura wanita yang sedang mendamparkan ekspresi muka yang begitu
menikmati suasana telah mewujudkan unsur kontra dan menunjukkan kontra juga
dari segi bentuk. Seterusnya, pergerakan merupakan perlakuan yang
berulang-ulang dan tidak tetap . Gerak-geri kanak-kanak dihasilkan dengan
olahan bentuk. Tali kelambu dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk
mewujudkan pergerakan.
Kombinasi unsur jalinan, rupa,
bentuk, warna, ruang dan sebagainya merupakan prinsip kepelbagaian di dalam
seni visual. Kombinasi yang pelbagai membentuk gagasan dan persembahan yang
membentuk satu gubahan. Di dalam karya kelambu ini, wujudnya prinsip
kepelbagaian kerana kombinasi unsur seni dari segi, jalinan pada corak baju,
pelbagai bentuk rupa pada kain sarong yang dipakai, bentuk keadaan figura,
warna yang memberi sentuhan suasana malam dan sebagainya.
Gubahan
unsur-unsur yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh
merupakan prinsip kesatuan. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku
secara seimbang dan harmoni akan mewujudkan kesatuan. Karya kelambu ini
mempunyai tema apabila pelukis memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana
situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur
bersama.
Di dalam
karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat melayu
dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura
iaitu kain batik,baju kurung, pelita dan
juga motif sulaman pada bantal.
Akhir
Sekali, karya-karya catan Dzulkifli Buyong seperti “Murid Sekolah” (1992),
“Kelambu” (1964) dan “Kapal Kertas” (1966) tidak jauh bezanya dan hampir
kesemuanya menggunakan media pastel. Beliau menyampaikan tema zaman kanak-kanak
dan berbentuk seni naïf yang mana membentuk identitinya yang sendiri.
KAJIAN
KARYA CATAN “KELAMBU" 1964DPLI-PSV
RUJUKAN
Mohd Shukri Mat Yaacob. Dzulkifli
Buyong. Diperolehi pada 28 Februari 2016 daripada http://senishukri.blogspot.my/2012/12/dzulkifli-buyong.html
Albert. Apresiasi Kritikan Seni
Visual. Diperolehi pada 28 Februari 2016 daripada http://albert-kritikanseni.blogspot.my/