HOME


Sunday, April 10, 2016

APRESIASI KARYA KELAMBU : DZULKIFLI BUYONG





a)     Menggambar
Warna
·        Menggunakan warna gelap seperti coklat.
Garisan
·        Terdapat penggunaaan pelbagai garisan iaitu garisan tebal, nipis dan beralun.
Ruang
·        Ruang di antara adik beradik tersebut
Rupa
·        Menggunakan rupa positif kerana ia adalah rupa sebenar yang berwarna.
·         Rupa geometri juga wujud kerana dapat dilihat pada kain seorang wanita yang sedang memegang tali kelambu.
·        Rupa organik wujud pada muka wanita-wanita dalam karya tersebut.
Prinsip Rekaan
·        Penegasan – Objek kelambu yang besar menjadi penegasan.
·        Warna objek kelambu yang lebih cerah daripada objek lain memberi penegasan.
Imbangan
·        Komposisi - figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengah-tengah.
Kesatuan
·        kain batik, baju kurung, pelita dan motif sulaman pada bantal.




b)     Menganalisa

Subjek
·        Manusia
Unsur-unsur seni
·        Garisan
·        Warna
·        Rupa
·        Bentuk
Prinsip Rekaan
·        Penegasan
·        Keseimbangan
·        Bentuk
·        Kontra
·        Kesatuan
Kualiti Ekspresif
·        Menerapkan nilai tolong-menolong dan bekerjasama.
·        Mewujudkan suasana aman, harmoni dan tenang.
Bahan/ Teknik/ Kaedah
·        Menggunakan pastel di atas kertas.




c)     Tafsiran

Makna/ Mesej
·        Unsur-unsur seni dan prinsip seni.
Subjek
·        Manusia
Simbol
·        Bekerjasama
·        Mementingkan kesihatan.
Unsur-unsur Seni
·        Garisan,
·        Warna
·        Rupa
·        Bentuk
Prinsip Rekaan
·        Penegasan
·        Keseimbangan
·        Kontra
·        Kepelbagaian
·        Kesatuan.
Metafora/Analogi bagi menjelaskan makna
·        Menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang bekerjasama dan mementingkan kesihatan kerana mereka bekerjasama memasang kelambu sebelum tidur pada waktu malam.




d)     Penilaian

Kriteria

Keaslian
·        Berdasarkan pengalaman beliau.
Gubahan
·        Berdasarkan budaya masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Teknik
·        Hasil daripada persepsi beliau yang mana pengalaman beliau telah diadaptasi dalam karya tersebut untuk mengolah dalam bentuk suasana dan figura.
Fungsi
·        Mewujudkan suasana aman dan harmoni yang terdapat dalam kehidupan masyarakat.
·        Menimbulkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan.




            Dalam karya “Kelambu” karya Dzulkifli Buyong ini, beliau menerapkan 6 elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual itu. Aplikasi berbagai-bagai jenis garisan dapat mencipta rupa, bentuk dan ton. Garisan yang digunakan ialah garisan tebal, nipis dan beralun. Disini kita dapat melihat garisan nipis yang terdapat pada bahagian lantai, pintu dan bahagian tepi kelambu. Garisan tebal pula terdapat pada langsir dan tali kelambu. Garisan beralun pula terdapat pada bahagian corak kain batik yang tersidai di sebelah pintu.

            Seterusnya, unsur rupa adalah garisan luar iaitu outline dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa positif telah dihasilkan di dalam karya ini kerana ia adalah rupa sebenar yang berwarna. Rupa geometri juga dapat dilihat pada bahagian kain figura . Rupa organic pula terdapat pada karya ini contohnya bujur yang terdapat pada kain seorang daripada wanita dalam karya itu.

Selain itu, bentuk pula mempunyai struktur dan jisim serta isi padu. Terdapat dua jenis bentuk , iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Karya Kelambu ini menggunakan bentuk ilusi kerana ia bersifat rata dan dihasilkan melalui catan. Contohnya figura manusia itu.

Di samping itu, unsur jalinan pula merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rata dan ekspresi sesuatu objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam catan ini adalah corak pada pakaian pada figura.

            Seterusnya, Unsur ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong sekeliling objek atau jarak antara dua objek. Kebiasaannya lukisan catan mempunyai unsur ruang kerana kewujudan ruang itu yang akan menampakkan bentuk yang hendak dihasilkan. Karya ini mempunyai banyak unsur ruang yang boleh dilihat.

            Unsur warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna mempunyai fungsi dan juga nilai keindahan yang menjadikan dunia ini lebih indah. Warna terbahagi kepada tiga jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Dalam karya ini, Dzulkifli Buyong memilih warna tertier memilih warna tertier sebagai warna yang utama. Warna tertier dihasilkan dengan cara mencampurkan satu warna dan satu warna sekunder. Warna ini adalah warna ketiga yang hebat kuasanya. Karya catan Kelambu ini digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan warna suasana kampung.

            Komposisi juga dapat dilihat dalam karya ini. Komposisi yang digunakan memperlihatkan keseimbangan simetri dimana figura disusun seimbang di sebalah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada di tengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan dalam karya ini. Bayang pada kelambu dan dinding bilik menjelaskan komposisi hadapan, tengah, dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Keharmonian dapat diwujudkan melalui penggunaan warna. Tona yang digunakan lebih kearah tona gelap untuk menimbulkan suasana malam.

            Di dalam karya ini, penegasan yang wujud adalah objek kelambu kerana saiz objek ini telah memberi kesan kepada pemerhati untuk melihat. Selain itu, warna kelambu itu juga telah memberi penegasan melalui warna yang digunakan kerana warnanya yang cerah berbanding warna objek yang lain.

            Kontra ialah keadaan apabila salah satu unsur seni bercanggah dengan unsur seni yang lain. Watak figura wanita yang sedang mendamparkan ekspresi muka yang begitu menikmati suasana telah mewujudkan unsur kontra dan menunjukkan kontra juga dari segi bentuk. Seterusnya, pergerakan merupakan perlakuan yang berulang-ulang dan tidak tetap . Gerak-geri kanak-kanak dihasilkan dengan olahan bentuk. Tali kelambu dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan.

Kombinasi unsur jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya merupakan prinsip kepelbagaian di dalam seni visual. Kombinasi yang pelbagai membentuk gagasan dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Di dalam karya kelambu ini, wujudnya prinsip kepelbagaian kerana kombinasi unsur seni dari segi, jalinan pada corak baju, pelbagai bentuk rupa pada kain sarong yang dipakai, bentuk keadaan figura, warna yang memberi sentuhan suasana malam dan sebagainya.

            Gubahan unsur-unsur yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh merupakan prinsip kesatuan. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku secara seimbang dan harmoni akan mewujudkan kesatuan. Karya kelambu ini mempunyai tema apabila pelukis memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama.

            Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat melayu
dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik,baju kurung, pelita dan
juga motif sulaman pada bantal.

            Akhir Sekali, karya-karya catan Dzulkifli Buyong seperti “Murid Sekolah” (1992), “Kelambu” (1964) dan “Kapal Kertas” (1966) tidak jauh bezanya dan hampir kesemuanya menggunakan media pastel. Beliau menyampaikan tema zaman kanak-kanak dan berbentuk seni naïf yang mana membentuk identitinya yang sendiri.





















KAJIAN KARYA CATAN “KELAMBU" 1964DPLI-PSV

RUJUKAN

Mohd Shukri Mat Yaacob. Dzulkifli Buyong. Diperolehi pada 28 Februari 2016 daripada http://senishukri.blogspot.my/2012/12/dzulkifli-buyong.html

Nor Azlinda Adam. Kajian Karya Catan Kelambu. Diperolehi pada 28 Februari 2016 daripada    https://www.scribd.com/doc/94186717/KAJIAN-KARYA-KELAMBU-DZULKIFLI-BUYONG


Albert. Apresiasi Kritikan Seni Visual. Diperolehi pada 28 Februari 2016 daripada http://albert-kritikanseni.blogspot.my/

6 comments:

  1. Hi, can I use this for my Art presentation?

    ReplyDelete
  2. boleh saya tahu peranan seni visual dari aspek sensitiviti dan ekspresi yang terdapat dalam karya "murid sekolah"?

    ReplyDelete
  3. boleh saya tahu peranan seni visual dari aspek sensitiviti dan ekspresi yang terdapat dalam karya "murid sekolah"?

    ReplyDelete
  4. Huraiyan tentang lukisan lidi dzulkifli buyong 😄

    ReplyDelete
  5. Best Casinos Near Wynn Casino, Las Vegas, NV | MapYRO
    Find 광주광역 출장마사지 the best casino near 제주 출장안마 wynn casino, Las Vegas, NV, 사천 출장마사지 89109. Best for: Free valet parking 하남 출장안마 near 대전광역 출장마사지 Wynn Casino. MapYRO Casino Rating: 5 · ‎1 review

    ReplyDelete